fb fb fb fb fb

100 anak yatim dan asnaf terima sumbangan dari MAIPs dan Hari-Hari

ARAU, 12 Mac- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Hari-Hari Bumi Jaya Sdn Bhd menyerahkan sumbangan berupa kelengkapan persekolahan kepada 100 orang anak yatim dan golongan asnaf di Perlis.

Pemberian tersebut berupa baucer Pusat Pakaian Hari-Hari bernilai RM150 setiap seorang bagi persediaan menjelang pembukaan sesi persekolahan tidak lama lagi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor sebanyak tiga buah rumah kebajikan dan kariah Arau telah dipilih bagi menerima sumbangan tersebut.

"Sumbangan ini amat bermakna buat anak-anak ini yang kelihatan amat teruja bagi mendapat kelengkapan persekolahan masing-masing," kata Mohd Nazim kepada RTM.


(Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyantuni anak yatim dan golongan asnaf ketika di pusat pakaian Hari-Hari, di sini)

Manakala bagi Pengarah Hari-Hari Bumi Jaya Sdn Bhd, Amilludin Latip, pihaknya berharap pemberian sumbangan berkenaan yang merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan dapat memberi manfaat kepada setiap penerima terlibat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyaksikan penyerahan cek oleh Hari-Hari Bumi Jaya Sdn Bhd kepada MAIPs.

Media Baharu