fb fb fb fb fb

Majlis Angkat Sumpah Kabinet Baharu Sarawak dan Menteri-Menteri Muda secara maya

SARAWAK, 5 Januari - Majlis Angkat Sumpah Barisan Kabinet Baharu Sarawak dan Menteri-Menteri Muda kali ini melakar sejarah tersendiri; apabila berlangsung secara maya.

Menyaksikan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud menerima pelantikan mereka di Astana Negeri dengan istiadat dijalankan secara fizikal di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Turut hadir menyaksikan istiadat secara hibrid itu ialah Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Majlis angkat sumpah itu didahului oleh 3 Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, diikuti Menteri-Menteri seperti Datuk Seri Fatimah Abdullah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Seri Lee Kim Shin, Datuk John Sikie Tayai, Datuk Julaihi Narawi dan Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Turut diikuti Menteri-Menteri Muda yang terdiri daripada Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Dr Jerip Susil, Datuk Liwan Lagang, Datuk Rosey Yunus, Datuk Len Talif Saleh, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Dr Annuar Rapaee, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Datuk Dr Penguang Manggil, Datuk Snowdan Lawan, Datuk Abdullah Saidol dan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Barisan Kabinet Sarawak yang terdiri daripada 10 Menteri dan 26 Menteri Muda itu turut menampilkan 12 muka baharu iaitu Datuk Gerawat Gala, Dr Hazland Abang Hipni, Datuk Dr Juanda Jaya, Aidel Lariwoo, Datuk Henry Harry Jinep, Dr Ripin Lamat, Mohamad Razi Sitam, Martin Ben, Datuk Majang Renggi, Jefferson Jamit Unyat, Datuk Gerald Rentap Jabu dan Micheal Tiang Ming Tee.

Abang Johari, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gedong dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), telah mengangkat sumpah pada 18 Disember 2021 setelah gabungan politik tempatan itu memenangi Pilihan Raya Negeri ke-12.

GPS yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) telah memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN yang dipertanding dalam pilihan raya itu - BERNAMA

 

Media Baharu