SELANGOR, 5 Januari - 800 orang Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terjejas banjir telah dikenalpasti di seluruh negara.
Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) akan menyalurkan bantuan bagi meringkankan beban mereka yang terlibat.
Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Kementeriannya akan memastikan kesemua veteran ATM yang terjejas tidak akan tercicir daripada menerima bantuan.
"Dan kita akan cuba membantu disamping agensi-agensi telah dikenalpasti juga. Kita juga turut tampil untuk membantu khususnya dalam kalangan Anggota Veteran dan Anggota Tentera." Katanya semasa turun padang memberi sumbangan kepada veteran ATM yang terjejas banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat Selangor.
Selain lawatan kebajikan, sumbangan diberikan merangkumi peralatan elektrik, kotak makanan dan sejumlah wang tunai.
Turut hadir, Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Dato Dzulkarnain Ahmad.