KUALA SELANGOR, 5 Januari - Tiada sebarang limpahan air berlaku di sekitar Kuala Selangor akibat fenomena air pasang besar .
Pemantauan di sekitar kawasan tersebut mendapati aras air di kebanyakkan lokasi masih terkawal iaitu di bawah paras 5 meter.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor Ismail Zakariya berkata, seramai 33 anggotanya digerakkan mengikut giliran penugasan memantau seluruh kawasan di Kuala Selangor.
"Kita melakukan pemantauan sebanyak 2 kali diwaktu awal pagi dan kali ke-2 di waktu petang, dimana kita menjangkakan ketinggian air sehingga 5 meter sebagaimana ramalan pusat hidrografi centre lah. Dan pemantauan bersama dengan jenteralah dan kita standby bersama sampan di atas jika berlaku sebarang kemungkinan ataupun perkara tidak diingini untuk kita respon segera" Kata Ismail di sini.
Beberapa lokasi tumpuan dikenal pasti sebagai kawasan yang bepotensi terjejas akibat fenomena air pasang besar di sekitar Kuala Selangor iaitu Bagan Sungai Yu, Bagan Pasir Penambang, Bandar Baru Kuala Selangor, Pekan Sungai Buloh, Pantai Jeram, Pantai Remis, Sungai Sembilang dan Sungai Janggut.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak melakukan sebarang aktiviti berdekatan pantai.
"Kami sekarang ni dalam keadaan berjag-jaga. Selalu kalau air naik ni kalau mereka suruh pindah kami pindah lah. Barang-barang semua kita akan pindah. Dokumen yang penting so kami akan pindah lah kalau berlaku banjir" Kata penduduk di sini.