PETALING JAYA, 5 Januari - Deretan premis 2 tingkat yang menempatkan 4 bengkel motosikal dan alat ganti kenderaan di Petaling Jaya, musnah dalam kebakaran malam tadi.
Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 2 (Petaling), Wan Syariman Wan Saleh, kejadian kira-kira pukul 9.39 minit malam itu memusnahkan ke semua premis berukuran 100x70 kaki persegi itu.
"Alhamdulillah tiada melibatkan mangsa untuk kejadian ini, melibatkan kedai motor 4 lot, kedai motor 2 tingkat saiz lebih kurang 100 kaki x 70 kaki. Bomba terima panggilan pada 9.39 malam dan 4 balai dikejarkan ke lokasi untuk operasi yang melibatkan balai dari Balai Penchala, Petaling Jaya, Puchong dan Subang Jaya. Anggota keseluruhan 40 orang. Bomba mengambil masa lebih kurang 25 minit untuk mengawal api merebak ke lot-lot lain" Kata Wan Syariman kepada RTM selepas operasi memadam kebakaran di sini.