fb fb fb fb fb

Pengecualian bayaran bil air, libatkan pengguna terjejas banjir di ibu negara

 

KUALA LUMPUR, 5 Januari- Pengurusan Air Selangor memberikan pengecualian bayaran bil bulan ini kepada pelanggan akaun domestik di sembilan kawasan di ibu negara yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Antara kawasan yang layak menerima pengecualian bayaran bil itu ialah Kampung Pasir, Jalan Batu Bata dan Jalan Rahmat (berhampiran WTC KL), Jalan Raja Chulan dan Kampung Chubadak.

Selain itu, Kampung Delima, Kampung Kasipillay, Kampung Kolam Air, Lorong Jambu Laut, dan Lorong Raja Mahadi.

Pelanggan akan menerima pengecualian itu secara automatik bagi tempoh satu bulan yang tidak memerlukan mereka untuk mengisi atau menghantar sebarang borang kepada syarikat pembekal air itu.

Media Baharu