fb fb fb fb fb

Majlis Agama Islam Johor genap 100 tahun

Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU, 30 September- Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) kini genap 100 tahun sejak ditubuhkan sebagai institusi rasmi yang mengurus hal ehwal Islam di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sepanjang tempoh tersebut, MAIJ memainkan peranan penting dalam memastikan pelaksanaan dasar berkaitan agama Islam berjalan secara teratur dan tersusun.

"Sambutan 100 tahun Majlis Agama Islam Negeri Johor ini adalah bukti Johor tidak pernah meninggalkan Islam dalam setiap agenda pembangunan negeri.

"Seratus tahun perjalanan majlis ini menunjukkan bagaimana Islam dipayungi istana, diperkasa ulama, dilaksanakan umara dan dihayati rakyat,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri komited meneruskan usaha memperkasakan institusi Islam termasuk melalui peruntukan hampir RM2 bilion dalam Belanjawan Johor, antaranya melibatkan RM728 juta bagi pembangunan pendidikan Islam serta pembinaan masjid, surau dan sekolah agama.

Sebanyak 42 inisiatif bernilai lebih RM209 juta turut diumumkan sebelum ini bagi memberi manfaat langsung kepada rakyat Johor termasuk golongan asnaf.

SITI AISHAH BINTI MD ISA