fb fb fb fb fb

Majikan gagal daftar PERKESO dikompaun RM213,000

(Sebanyak 1,025 premis telah dilawati dengan nilai kompaun sebanyak RM213,000
bagi majikan yang ingkar)

LANGKAWI, 7 Ogos- Dalam tempoh sebulan sahaja, sebanyak 280 notis pengkompaunan dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Kedah menerusi Ops Kesan yang dilaksanakan bagi mengesan majikan yang gagal mendaftar dengan pertubuhan itu.

Pengarahnya, Rafidah Abdul Rahim berkata, sebanyak 1,025 premis telah dilawati dengan nilai kompaun sebanyak RM213,000 bagi majikan yang ingkar.

Menurut beliau jumlah kompaun yang dikeluarkan bermula RM500 hingga RM4,000.

"Kita nampak 27% tidak patuh dan angka ini agak tinggi. Jadi kita nampak mungkin selepas pandemik syarikat-syarikat ini yang dibuka semula ataupun bermula balik untuk berniaga tapi terlupa pada akta yang ditetapkan untuk melindungi pekerja," kata Rafidah ketika ditemui dalam Ops Kesan di kawasan Pantai Cenang di sinii.

Sejumlah 27 kompaun dikeluarkan di Langkawi dalam tempoh dua hari Ops Kesan dilaksanakan.

Pemeriksaan yang dilakukan meliputi pematuhan majikan dari segi pendaftaran perusahaan dan juga pendaftaran pekerja bawah Akta Keselamata Pekerja Sosial 1969 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.

Sebelum operasi dilancarkan pada 1 Julai lalu, PERKESO telah memberi tempoh selama dua bulan kepada semua majikan untuk hadir secara sukarela bagi membuat pendaftaran di pejabat-pejabat PERKESO seluruh negara.

(Majikan gagal daftar PERKESO dikompaun RM213,000)

Media Baharu