fb fb fb fb fb

Harga santan dijangka stabil mulai bulan depan - Mohamad Sabu

Harga santan yang kini mencecah RM22 sekilogram dijangka kembali stabil bulan depan / Foto Hiasan / Bernama

SERDANG, 28 April – Harga santan yang kini mencecah RM22 sekilogram dijangka kembali stabil bulan depan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata, pihaknya mengambil langkah segera dengan mengimport tambahan buah kelapa dari Indonesia, Sabah dan Sarawak untuk menstabilkan harga di pasaran.

"Santan memang harganya masih tinggi kerana perayaan masih berlangsung. Namun, kita yakin bulan depan harga akan stabil selepas import tambahan dibuat," katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KPKM di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad memaklumkan bekalan lembu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha Jun depan adalah mencukupi, dengan harga dijangka kekal dalam kawalan yang ditetapkan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN