fb fb fb fb fb

MAIWP bantu selesaikan hutang PTPTN pelajar asnaf cemerlang

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM13 juta melalui Skim Bantuan Penyelesaian Pembiayaan Pendidikan bagi membantu meringankan beban para pelajar asnaf di Wilayah Persekutuan.

Menerusi skim itu, anak-anak asnaf yang melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan purata nilai gred kumulatif 3.50 ke atas akan ditawarkan bantuan penyelesaian hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Dalam konteks ini, kita adakan peruntukan ini untuk membantu mereka menyelesaikan hutang pinjaman PTPTN. Syaratnya mudah sahaja, anak-anak ini harus berikan tumpuan terhadap pembelajaran dan ambil peluang yang diberikan ini.

Tidak semua orang dapat peluang untuk belajar. Jadi, bila kita dapat peluang untuk belajar, belajar lah dengan bersungguh-sungguh," kata Na'im kepada pemberita selepas melancarkan Skim Bantuan Penyelesaian Pembiayaan Pendidikan dan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MAIWP dan PTPTN di ibu negara.


(FOTO BERNAMA)

Katanya, sebanyak RM8 juta akan disalurkan buat pelajar asnaf cemerlang di peringkat diploma dalam bidang perubatan manakala selebihnya dalam bidang selain itu.

Sebelum ini, MAIWP telah menjalinkan kerjasama stategik bersama PTPTN menerusi produk Simpanan Simpan Prime SSPN dimana MAIWP menyalurkan dana berbentuk simpanan kepada anak-anak penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP seawal usia satu tahun bermula tahun 2022 hingga tahun 2026.

Media Baharu