fb fb fb fb fb

KKDW akan perhalusi skim gaji golongan pendidik Institusi Pendidikan IPMa

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid merasmikan Hari Anugerah Pendidik MARA 2023 di
ibu negara/ FB MAJLIS AMANAH RAKYAT)

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan mempertimbang untuk semakan semula skim gaji warga pendidik Institut Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (IPMa).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun skim gaji pendidik institusi itu setara dengan pendidik di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) namun masih ada dalam kalangan mereka yang terpinggir.

Beliau memberi tanggungjawab kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki untuk memperhalusi perkara berkenaan.

"Saya tahu skim kita setara dgn KPM tetapi ada yang terpinggir, ada yang terpencil. Selagi saya berada di KKDW saya komited memperjuangkan nasib saudara-saudari. Saya bagi tanggungjawab ini kepada Pengerusi MARA," katanya.


(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bersama Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi (kiri)
pada Hari Anugerah Pendidik MARA 2023 di ibu negara.

Ujarnya para pendidik MARA telah banyak membantu dalam membangunkan modal insan yang cemerlang.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Hari Anugerah Pendidik MARA 2023 di ibu negara.

Hadir sama, Asyraf Wajdi dan Ketua Pengarah MARA Datuk Seri Azhar Abdul Manaf.

Sambutan Hari Pendidik MARA tahun ini yang bertemakan “Pendidik Insani Pemangkin Generasi Madani” merupakan antara inisiatif MARA dalam memberi pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang 9,880 orang pendidik MARA yang bertugas di 342 Institusi Pendidikan MARA (IPMA) seluruh negara.

Media Baharu