fb fb fb fb fb

KPWKM sedia bantuan kaunseling untuk penduduk terjejas banjir

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad/ BERNAMA

KLUANG, 21 September- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan bantuan perkhidmatan kaunseling kepada penduduk yang terjejas banjir.

Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, perkhidmatan tersebut disediakan sebagai sokongan moral dari segi emosi, tekanan serta trauma akibat bencana tersebut.

Perkara tersebut akan diselaraskan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, beberapa kaunselor terlatih digerakkan ke kawasan banjir dan mereka akan di letakkan di setiap pusat pemindahan sementara (PPS) yang terlibat.

"Disamping itu, kita juga sedari bahawa ada setengah yang dilanda banjir ini akan rasa trauma, dia akan rasa sedih.

"Kita ada kauselor, yang kita minta untuk berada di setiap PPS untuk membantu menenangkan emosi mereka yang dilanda banjir. Itu yang kita sedang dilaksanakan", katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Demo Masakan Menu Sihat di Kampung Baru, Kluang.

Tambahnya, JKM negeri juga akan bertanggungjawab dalam menyelenggara PPS serta bekalan makanan kepada penduduk terjejas yang menginap di PPS yang dibuka.

ROSLINA BINTI DIN