fb fb fb fb fb

PKR Kedah lapor SPRM, gesa siasat ketirisan MB Kedah

ALOR SETAR, 18 Julai - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku ketirisan dan salah guna kuasa oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam pengurusan projek penerokaan unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.

Timbalan Pengarah Strategi Keadilan Negeri Kedah, Firdaus Johari berkata pihaknya mengesyaki berlakunya unsur salah guna kuasa dan penyelewengan dalam projek bernilai RM60 billion itu oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI).

(Firdaus Johari)

"Melalui artikel ini kami mengesyaki berlakunya unsur salah guna kuasa dan penyelewengan dalam pengurusan projek penerokaan unsur nadir Bumi REE di Hutan Simpan Bukit Enggang ,Sik bernilai RM60 billion oleh Menteri Besar Incorporate ( MBI)," katanya.

Firdaus ditemui pemberita pada sidang media selepas membuat laporan di Pejabat SPRM Kedah di sini pada Selasa.

Selain itu, Firdaus turut merujuk satu ciapan di Twitter oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkaitan satu surat bertarikh 3 Ogos 2020.

"Surat itu menunjukkan Menteri Besar Kedah telah memohon Pas Lawatan Pekerja Asing dari China untuk bekerja di tapak berkeluasan 1,220 hektar di Sik, Kedah yang ditujukan kepada Kementerian Dalam Negeri," katanya.

Bagaimanapun, katanya tindakan Menteri Besar Kedah itu membuat permohonan adalah di luar bidang kuasanya kerana permohonan itu sepatutnya dibuat oleh syarikat dilantik.

Media Baharu