fb fb fb fb fb

Projek Pakej D44 Pembinaan Rangkaian Paip Pembentungan di Bunus hampir siap

(Nik Nazmi semasa lawatan kerja ke Tapak Projek Pakej D44 Pembinaan Rangkaian Paip Pembangunan)

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Projek Pakej D44 Pembinaan Rangkaian Paip Pembentungan di Bunus telah mencapai tahap kemajuan 92.18%.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, projek bernilai RM393 juta itu mengalami kelewatan berbanding tarikh asal pada Februari 2018.

Sehubungan itu kontraktor diberi pelanjutan masa sehingga 22 November bagi menyiapkan sepenuhnya kerja di tapak.

"Pihak kontraktor telah diarahkan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyegerakan penyiapan kerja terutamanya di kawasan-kawasan kritikal seperti di hadapan Pasar Ayer Panas, Jalan Enggang, kawasan AU5 dan AU4 dan di Jalan Maktab," kata Nik Nazmi semasa lawatan kerja ke Tapak Projek Pakej D44 Pembinaan Rangkaian Paip Pembangunan di sini.

Jelasnya, pihak kementerian sedia maklum kelewatan projek itu sehingga mengundang rungutan orang awam dan akan sentiasa memantau prestasi dan kualiti kerja kontraktor dari semasa ke semasa bagi memastikan projek itu dapat disiapkan segera.

(Nik Nazmi berkata Projek Pakej D44 Pembinaan Rangkaian Paip Pembentungan di Bunus
hampir siap)

Media Baharu