fb fb fb fb fb

49,660 anggota ATM dan pasangan terlibat undi awal- Adly

(Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari)

HULU TERENGGANU, 18 Julai- Seramai 49,660 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan akan terlibat Undi Awal pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN- ke 15) di enam negeri.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari memaklumkan, Negeri Sembilan merekodkan jumlah paling ramai iaitu 19,744 orang.

Di Kedah pula seramai 8, 454, Selangor (8,000), Kelantan (6,175) , Pulau Pinang (4,843) dan Terengganu (2,444).

Undi awal tersebut melibatkan 54 Pusat Mengundi.

"Harapan kita adalah memang mengundi adalah hak mereka tapi saya yakin bahawa yang mengundi awal itu akan dapat mendokong usaha Kerajaan Perpaduan ini kerana kita tahu bahawa teras kestabilan politik kita adalah cukup penting bagi negara kita. Saya yakin bahawa undi akan berpihak kepada kerajaan Perpaduan kerana kita tahu bahawa matlamat dan hasrat kita untuk
membangunkan negara melalui kerajaan ini adalah untuk negara dan rakyat Malaysia itu sendiri," katanya.

Terdahulu, Adly menyampaikan sijil kepada veteran ATM, A.Aziz A.Rahim, 51 tahun yang berkecimpung dalam perusahaan rumah bot di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Adly dalam rangka lawatan kerja ke Terengganu bagi menjayakan Program Peduli Veteran ATM untuk mendekati dan menyelami permasalahan golongan itu.


(Adly menyampaikan sijil kepada veteran ATM, A.Aziz A.Rahim, 51 tahun yang berkecimpung
dalam perusahaan rumah bot di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu)

Media Baharu