fb fb fb fb fb

MAIS sumbang RM200,000 kepada penduduk terjejas banjir di Terengganu, Kelantan

(Tan Sri Abdul Aziz semasa Pelepasan Program Sumbangan Pascabanjir MAISdan Anak
Syarikat MAIS Ke Negeri Terengganu dan Negeri Kelantan bagi Tahun 2023)

SHAH ALAM, 8 Januari- Prihatin nasib penduduk terjejas banjir di negeri Kelantan dan Terengganu baru-baru ini, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tampil menyumbangkan RM200,000 berbentuk wang tunai dan makanan asas.

Sumbangan itu meliputi peruntukan daripada Baitulmal MAIS, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Universiti Islam Selangor (UIS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Bakti Suci Holdings Sdn Bhd (BSHSB) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).

Pengerusi MAIS , Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daripada jumlah itu, MAIS menyumbang wang tunai sebanyak RM125,000.

(Agensi dan anak syarikat MAIS iaitu PWS, UIS, YIDE, BSHSB dan TERAS menghulurkan sumbangan
terkumpul sebanyak RM75,000 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM200,000)

"Jadi pada kali ini kita membantu dengan jumlah lebih kurang RM200,000 iaitu kombinasi wang tunai dan juga barang-barang kering. Kita harap dengan bantuan seperti ini dapat meringankan beban mereka sedikit sebanyak dan juga menunjukkan saudara Islam ingat saudara-saudara yang lain itu yang dalam kesusahan," kata Abdul Aziz di Majlis Pelepasan
Program Sumbangan Pascabanjir Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Anak Syarikat MAIS Ke Negeri Terengganu dan Negeri Kelantan bagi Tahun 2023 di Lobi Bangunan Sultan Idris Shah di sini.

Agensi dan anak syarikat MAIS iaitu PWS, UIS, YIDE, BSHSB dan TERAS menghulurkan sumbangan terkumpul sebanyak RM75,000 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM200,000.

Sumbangan diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan masing-masing menerima sumbangan RM100,000 untuk diagihkan kepada mereka terkesan akibat banjir.


(Tan Sri Abdul Aziz ditemui media selepas Pelepasan Program Sumbangan Pascabanjir MAIS dan
Anak
Syarikat MAIS Ke Negeri Terengganu dan Negeri Kelantan bagi Tahun 2023)

Media Baharu