fb fb fb fb fb

MAIS santuni 1,199 keluarga orang asli

KUALA LUMPUR, 28 Disember- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyantuni 1,199 keluarga masyarakat orang asli dengan mengagihkan bantuan kotak makanan melibatkan peruntukan RM218,880.

Mereka terdiri daripada masyarakat orang asli sekitar negeri Selangor termasuk bukan Islam yang berpendapatan di bawah kategori B40 di beberapa kawasan daerah.

MAIS menerusi satu kenyataan berkata daripada jumlah keseluruhan itu, RM150,000 diagihkan kepada 625 keluarga masyarakat orang asli Islam dengan menggunakan sumber peruntukan wang fidyah MAIS.

Manakala sebanyak RM68,880 lagi diagihkan kepada 574 keluarga masyarakat orang asli bukan Islam dengan menggunakan sumber peruntukan baitulmal MAIS.

(MAIS menyantuni 1,199 keluarga masyarakat orang asli dengan
mengagihkan bantuan kotak makanan melibatkan peruntukan RM218,880)

Majlis simbolik penyerahan replika cek disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin kepada Penolong Pengarah Kanan Unit Ukhuwah, Bahagian Dakwah JAIS, Abdul Hadi Abdullah.

Setiap keluarga menerima bantuan kotak makanan kering seperti beras, susu, gula, tepung dan minyak masak bernilai RM120.

Setakat ini, MAIS telah mengagihkan wang fidyah sebanyak RM3.3 juta melibatkan 20,931 keluarga yang layak.

Media Baharu