fb fb fb fb fb

Bayaran zakat 2022, LZS lanjut waktu operasi hingga pukul 8.00 malam

SHAH ALAM, 28 Disember- Umat Islam di Selangor diminta mengambil peluang membayar zakat bagi tahun 2022 di 18 cawangan seluruh negeri itu.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan melanjutkan waktu operasi di semua cawangan pada hari-hari terakhir bermula pukul 8.30 pagi hingga 8.00 malam, sehingga 31 Disember.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata waktu operasi kaunter di semua cawangan juga dilanjutkan bagi memudahkan pengeluar zakat menunaikan tanggungjawab berzakat sebelum berakhir tahun 2022.

(Mohd Sabirin Mohd Sarbini)

Pembayaran zakat membolehkan LZS membantu dan menyantuni lapan kategori asnaf.

"Yang paling pentingnya kita maklum, kita dapat membantu asnaf secara langsung bukan hanya satu kategori asnaf tapi lapan kategori asnaf kita dapat santuni.

"Selain daripada itu dengan bayaran zakat yang ditunaikan sebelum 31 Disember ini akan dibenarkan potongan untuk syarikat sehingga 2.5 peratus daripada pendapatan syarikat...bagi individu potongan rebat dibenarkan untuk semua individu yang menunaikan tanggungjawab zakat di mana-mana institusi zakat di negara ini," katanya di sini.

Selain kaunter bersemuka, pembayaran zakat juga boleh ditunaikan melalui pelbagai medium lain yang disediakan termasuk kemudahan ezakatpay di portal LZS dan perbankan internet.

Media Baharu