fb fb fb fb fb

PRU DUN Sarawak: Kerusi baharu dijangka tidak dipertandingkan

Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar/ Foto RTM

KUCHING, 5 Julai- Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-13 dijangka tidak akan menyaksikan pertandingan bagi kerusi-kerusi baharu susulan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) untuk menambah bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak pada 7 Julai ini.

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, RUU tersebut perlu dipersembahkan kepada Yang Di-Pertua Negeri Sarawak sebelum dibentang di parlimen dan ia dijangka mengambil masa.

"Sama ada tepat pada masanya, mesyuarat DUN pada November dan parlimen pada Ogos bergantung pada tarikh PRU," katanya.

Tan Sri Mohamad Asfia berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Pre-Council sempena Persidangan Khas DUN Sarawak di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM