fb fb fb fb fb

Perak rekod peningkatan keluasan Hutan Simpanan Kekal jenis paya bakau

IPOH, 28 Disember- Perak merekodkan peningkatan keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) jenis paya bakau dari 4.1 peratus pada 2010 kepada 4.3 peratus, September tahun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata perubahan keluasan dan peratusan kawasan hutan dan paya bakau adalah disebabkan berlakunya pemansuhan dan perisytiharan HSK di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985 untuk tujuan penempatan, pertanian, perlombongan, perindustrian dan lain-lain.

Jelas beliau, Perak mempunyai 986,862.44 hektar Hutan Simpan Kekal (HSK) atau 47 peratus daripada keluasan tanah negeri.

"Penerokaan hutan semenjak 2010 yang melibatkan aktiviti pertanian, perindustrian dan perlombongan adalah seluas 1,281.02 hektar, keluasan hutan simpan bagi aktiviti pertanian ialah 1,276.02 hektar atau 0.13 peratus dan bagi aktiviti perindustrian adalah seluas 5.0 hektar atau 0.001 peratus," katanya.

(Datuk Seri Saarani Mohamad)

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Tambah Saarani, kerajaan negeri boleh memansuhkan status HSK di kawasan tertentu bagi tujuan perlombongan sekiranya terdapat sumber mineral bernilai yang mampu menjana pendapatan kepada negeri.

Bagaimanapun katanya, penyahwartaan HSK itu perlu diganti semula dengan hutan lain membabitkan keluasan yang sama.

Media Baharu