fb fb fb fb fb

Banjir surut, PPS terakhir di Perak ditutup pagi tadi

(FB APM Hilir Perak)

TELUK INTAN, 28 Disember- Satu-satunya Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perak iaitu Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART), Batu 4, Teluk Intan ditutup pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri memaklumkan, PPS tersebut ditutup pada pukul 10.30 pagi selepas banjir di daerah tersebut semakin surut.

(FB APM Hilir Perak)

Sekolah tersebut sebelum ini menempatkan 35 penduduk terjejas daripada 6 keluarga.

Ia dibuka pada 22 Disember lalu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri pula melaporkan bahawa paras air sungai di 18 stesen negeri masih berada dalam keadaan normal setakat tengah hari tadi.

Media Baharu