fb fb fb fb fb

Sistem Reban Tertutup dikuatkuasakan 1 Januari 2026

IPOH, 28 Disember- Sistem Reban Tertutup akan dikuatkuasakan di Perak bagi mengatasi isu lalat yang menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, sistem berkenaan yang akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2026 merupakan inisiatif kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

 
(Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun)

Jelas beliau, kerajaan negeri melalui JPV juga telah mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah kacau ganggu lalat dengan penguatkuasaan Enakmen Perladangan Unggas Negeri Perak 2005 dan Peraturan-Peraturan Pengawalan Perladangan Unggas (Lesen) 2010.

"Disamping itu juga Jabatan Veterinar juga mengeluarkan arahan pembatalan lesen menternak unggas dan lalat-lalat bermasalah, untuk makluman YB juga inisiatif-inisiatif dan langkah yang diambil oleh kerajaan negeri melalui agensinya adalah memberikan pengajaran dan kesedaran kepada pengusaha yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan dalam enakmen perladangan unggas 2005," katanya di sini.

Tambahnya, pihak JPV turut mengambil tindakan bagi mengatasi isu tersebut antaranya dengan meningkatkan kekerapan pemantauan di kawasan aduan dan mengenakan kompaun kepada ladang-ladang penternakan ayam dan itik yang tidak mematuhi syarat- syarat di bawah enakmen berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Media Baharu