fb fb fb fb fb

PM ucap takziah kepada Hamzah Zainudin atas pemergian bapa mentua

Abdul Ghani dilaporkan meninggal dunia pada 1.45 tengah hari selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)

KUALA LUMPUR, 5 Julai - Perdana Menteri mengucapkan takziah kepada Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainudin susulan pemergian bapa mentuanya, Datuk Abdul Ghani Ngah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendoakan agar keluarga Hamzah tabah menghadapi ujian tersebut.

“Saya mendoakan yang terbaik serta dikurniakan ketabahan setingginya buat saudara Hamzah sekeluarga atas ujian berat ini, serta roh Almarhum diampunkan segala dosanya, dilapangkan kuburnya serta diberi tempat yang dekat di sisi-Nya, insya-Allah,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Abdul Ghani dilaporkan meninggal dunia pada 1.45 tengah hari selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke hospital berikutan komplikasi dalaman dan masalah pernafasan susulan insiden kebakaran di kediamannya pada 19 Jun lalu yang turut mengorbankan ibu mentua beliau Allahyarhamah Salmiah Nyak Matt, 84 tahun.

GRACE AISYAH KEDAYAN