fb fb fb fb fb

JKDM Kelantan catat kutipan cukai lebih RM65.1 juta di TBSB

PASIR PUTEH, 28 Disember- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mencatatkan kutipan cukai melebihi RM65.1 juta di Pangkalan Bekalan Tok Bali (TBSB) di sini, setakat 22 Disember lepas.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jumlah pungutan hasil itu merekodkan peningkatan sejak dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2020 (RM30.9 juta) dan 2021 (RM34.3 juta).

Beliau berkata, peningkatan hasil kutipan cukai ini didorong oleh operasi-operasi yang dilakukan oleh syarikat terkemuka seperti HESS Exploration and Production Malaysia B.V serta Hibiscus Oil and Gas Malaysia Limited.

“Antara kawasan yang terlibat ialah Kawasan Pembangunan Bersama, Kawasan Pengaturan Komersial dan Lembangan Melayu Utara,” katanya kepada pemberita selepas melawat TBSB, di sini, hari ini.

Ahmad berkata antara kawalan yang dilakukan oleh JKDM di TBSB adalah kemasukan barang-barang tempatan ke TBSB, pergerakan barang-barang dari luar pesisir ke TBSB dan kawalan keluar masuk kapal di TBSB.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan (tengah) menunjukkan sebahagian
senarai penyewa dan kontraktor yang terdapat di Pangkalan Bekalan Petroleum Tok Bali
(TBSB) ketika melawat TBSB hari ini / FOTO BERNAMA

“Selain itu, kawalan turut dilakukan ke atas sisa pepejal, cecair dan kimia daripada aktiviti petroleum huluan, kawalan ke atas penggudangan barang-barang petroleum huluan dan pematuhan syarat-syarat pelesen Pangkalan Bekalan,” katanya.

Hadir sama ialah Pengarah JKDM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long dan Pengurus Besar TBSB Nur Hasmin Kamarollzaman.

Media Baharu