fb fb fb fb fb

Lelaki maut jatuh dari tingkat tiga hotel di Seremban

Gambar hiasan

 

SEREMBAN, 4 Julai  Seorang lelaki ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel yang terletak dalam pusat beli-belah di sini, malam tadi.

Mangsa berusia 59 tahun itu dilaporkan tersangkut di tingkat satu selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan terbabit.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.17 malam.

“Sebaik tiba di lokasi, kami dimaklumkan mangsa terjatuh dan ditemui tersangkut di aras satu. Pemeriksaan lanjut oleh pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” menurut kenyataan itu malam Jumaat.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

GRACE AISYAH KEDAYAN