fb fb fb fb fb

Melaka terima pelancong dari kapal persiaran mewah

MELAKA, 28 Disember- Melaka mula menerima kehadiran pelancong asing melalui kapal persiaran mewah yang berlabuh di perairan negeri itu selepas lebih dua tahun tergendala akibat pandemik COVID-19.

Kapal persiaran mewah Ocean Odyssey yang belayar dari perairan antarabangsa berkenaan menurunkan seramai 100 pelancong dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat.

 
(Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri Melaka, Sa'ari Basiron)

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri, Sa'ari Basiron berkata, mereka akan melawat ke destinasi-destinasi pelancongan menarik sekitar Melaka sebelum kembali ke kapal.

Katanya, ini adalah permulaan yang baik bagi industri pelancongan kapal persiaran di Melaka yang sebelum ini pernah menerima sehingga 100,000 pelancong.

Beliau berkata, setakat ini, tiga pengurusan kapal persiaran mewah telah bersetuju berlabuh dan menurunkan pelancong ke negeri itu.

“Sebagai permulaan kita ada terima sekitar tiga syarikat perkapalan yang sudah mengesahkan untuk memasukkan Melaka ke dalam altenari keseluruhan di mana selepas ini mereka akan pergi ke destinasi seperti Phuket dan sebagainya.

"Jadi memang ini kerja tangggungjawab BPP untuk melobi syarikat-syarikat perkapalan yang kita sebelum ini kita sudah ada hubungan yang baik dan untuk makluman semua pada 2019 sebelum pandemik setiap bulan dia punya ketibaan kapal-kapal antarabangsa ini jadi ini sebagai permulaan,” katanya selepas menyambut 100 pelancong Kapal Persiaran Mewah Ocean Odyssey yang tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Kota Laksamana.

Sa’ari berkata, pihaknya akan menyediakan pakej-pakej pelancongan bertaraf antarabangsa sepanjang tahun ini sebagai persiapan menghadapi tahun melawat Melaka 2024.

Media Baharu