fb fb fb fb fb

MAIS peruntukkan RM38.1 juta, bantu penduduk terjejas banjir di Selangor.



HULU LANGAT, 8 Januari - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan RM38.1 juta bagi membantu penduduk terjejas banjir di negeri itu.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, bantuan tersebut akan diagihkan ke masjid, surau, pusat tahfiz serta individu yang mengalami kerosakan rumah dan harta benda.

"Sumbangan meliputi wang tunai, makanan, keperluan asas, pakaian sekolah, alatan pembersihan serta baik pulih kerosakan", katanya selepas menyampaikan bantuan MAIS kepada penduduk terjejas banjir di Kampung Sungai Lui, di sini.

Tambah Abdul Aziz, dana disumbangkan Baitulmal MAIS, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Islam Darul Ehsan, Bakti Suci Holding Sdn Bhd dan Jabatan Agama Islam Selangor.

Manakala, Teraju Ekonomi Asnad Sdn Bhd pula membekalkan pek makanan asas kepada penduduk terjejas banjir bawah peruntukan MAIS dan LZS.

Selain itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Majlis Agama Islam di negeri-negeri lain yang turut menghulurkan pelbagai jenis bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Selangor.

Media Baharu