fb fb fb fb fb

Banjir di Melaka, 19 sekolah dijadikan PPS tidak dibuka Isnin ini


MELAKA, 8 Januari
- 19 sekolah rendah dan menengah di Melaka yang menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) belum dapat dibuka untuk sesi persekolahan Isnin ini.

Ini disebabkan beberapa kerja perlu dilakukan biarpun ada daripadanya tidak lagi beroperasi sebagai PPS.

Menurut Exco Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin, ketika ini empat sekolah masih dijadikan PPS.

Premis terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, Alor Gajah, SK Parit Penghulu, SK Seri Mendapat dan SMK Sungai Rambai di Jasin.

PPS di 15 lagi sekolah telah ditutup minggu lalu.

Bagaimanapun ia tidak dapat dibuka untuk sesi persekolahan memandangkan belum bersedia menerima pelajar.

95 pelajar yang masih berlindung di PPS pula dibenarkan mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

 

Media Baharu