fb fb fb fb fb

MAIPs salur bantuan RM4.28 juta

KANGAR, 8 April - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan bantuan zakat fitrah berjumlah RM4.287 juta sepanjang Ramadan tahun ini.

Bantuan berkenaan diagihkan kepada 10,719 penerima dikalangan mereka yang kurang berkemampuan yang dikenal pasti oleh 102 amil kariah masjid di seluruh negeri Perlis.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan, bantuan yang disalurkan bukan sahaja bagi memeriahkan Ramadan Al-Mubarak disamping dapat menceriakan sambutan Syawal tahun ini.

Sebagai bulan istimewa bagi umat Islam, kedatangan Ramadan setiap tahun juga mengingatkan kita akan nasib golongan yang kurang berkemampuan.

Beliau menyatakannya pada Majlis Simbolik Agihan Bantuan Fitrah MAIPs yang diadakan di Masjid Al-Istiqamah, Kampung Teluk Jambu, Bintong yang disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Mohd Nazim turut menghargai peranan dan tanggungjawab setiap amil kariah yang sentiasa melaksanakan peranannya dalam membantu MAIPs untuk melaksanakan fungsi dan peranannya dalam mempertingkatkan kesejahteraan
rakyat.


(Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyempurnakan majlis tersebut)

Media Baharu