fb fb fb fb fb

MAINPP peruntuk RM3.56 juta bantu 23,799 pelajar asnaf Pulau Pinang

MAINPP peruntuk RM3.566 juta bagi membantu 23,799 pelajar asnaf di Pulau Pinang untuk meneruskan sesi persekolahan 2026

KEPALA BATAS, 19 Disember - Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) memperuntukkan dana berjumlah RM3.566 juta bagi membantu seramai 23,799 pelajar asnaf negeri itu untuk meneruskan sesi persekolahan 2026.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, peruntukan tersebut merupakan komitmen kerajaan negeri dalam usaha menjaga kebajikan pelajar negeri itu agar mereka dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa.

Beliau berkata, agihan zakat itu diharap menjadi pemangkin kepada pelajar terbabit untuk terus menimba ilmu serta berusaha keluar daripada kepompong kemiskinan.

Majlis Agama Islam telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3.566 juta yang melibatkan 23,776 orang penerima berbanding dengan tahun lepas yang kita memperuntukkan sebanyak RM2.9 juta. Maknanya peningkatan sebanyak 20 peratus dengan agihan penerima yang tertinggi di kawasan Seberang Perai Utara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pelancaran Skim Agihan Zakat Pembelian Tanpa Tunai ‘Kembali Ke Sekolah Sesi 2026 Daerah Seberang Perai Utara(SPU) di sebuah pasar raya, di sini.

Majlis tersebut turut dihadiri Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman.

ROSLINA BINTI DIN