fb fb fb fb fb

Banjir : Penduduk terjejas terus berkurangan

Foto fail

KUALA LUMPUR, 19 Disember - Bilangan penduduk terjejas banjir di beberapa negeri terus merekodkan penurunan.

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, di negeri Pahang, seramai 11,443 penduduk terjejas banjir daripada 3,797 keluarga ditempatkan di 70 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 9.00 malam ini, berbanding 12,226 orang daripada 4,052 keluarga di 79 PPS petang tadi.

Ia melibatkan 10,000 orang ditempatkan di 45 PPS di Kuantan, Pekan (967 orang di 11 PPS), Rompin (226 orang di tiga PPS), Jerantut (154 orang di 3 PPS), Temerloh (53 orang di 3 PPS), Bera (17 orang, 1 PPS), Maran (21 orang, 1 PPS) dan Lipis (5 orang, 1 PPS).

Manakala di Terengganu, jumlah penduduk terjejas berkurangan kepada 459 orang daripada 161 keluarga ditempatkan di 10 PPS, berbanding 1,202 orang daripada 340 keluarga petang tadi.

Daerah kemaman merekodkan seramai 373 orang daripada 127 keluarga yang ditempatkan di 8 PPS dan Dungun pula merekodkan 86 penduduk terjejas daripada 34 keluarga di dua PPS.

Sementara itu, di Kelantan seramai 77 penduduk terjejas daripada 243 keluarga di Kuala Krai yang ditempatkan di empat PPS.

Selain itu, sehingga 9.00 malam ini Johor merekodkan 356 penduduk terjejas daripada 93 keluarga yang ditempatkan di empat PPS.

ROSLINA BINTI DIN