(Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan melancarkan Saham Wakaf Al-Quran Johor Luar
Negara pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Muar)
MUAR, 28 September- Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan melancarkan Saham Wakaf Al-Quran Johor Luar Negara pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri.
Inisiatif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) ini menyasarkan 50,000 naskhah dengan jumlah setiap unit saham wakaf berharga RM50 seunit.
Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, sebagai wakil rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat menyertai perarakan bersama rakyat sejauh satu kilometer.
Turut serta, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid.
Lebih 5,000 peserta dan pengunjung memeriahkan sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung di Muar.
Sebanyak 66 buah kontinjen pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, swasta dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menyertai perarakan.
Majlis turut diisi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan tazkirah Maulidur Rasul oleh kadi daerah Muar, Suhaimi Rebu.
(Tunku Mahkota Johor berkenan berangkat menyertai perarakan bersama rakyat sejauh satu kilometer)