fb fb fb fb fb

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1445H sederhana namun meriah

(Sebanyak 131 kontinjen kementerian, badan berkanun dan agensi swasta berarak sejauh 1.1 km dari Jambatan Seri Gemilang Putrajaya ke PICC)

PUTRAJAYA, 28 September- Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1445H disambut secara sederhana tetapi meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.

Acara dimulakan dengan ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan  Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama, Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim dan isteri, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Dr. Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Naim Mokhtar serta beberapa barisan menteri kabinet.

Mengangkat tema 'Perpaduan Teras Malaysia Madani', ia dilihat bertepatan dalam menyatukan semangat perpaduan yang merupakan tunjang kepada masyarakat madani berteraskan perasaan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW.

Penganjuran kali ini juga turut mencipta kelaianan apabila  persembahan seni media pemetaan cahaya pada latar pentas turut dipaparkan pada tayangan grafik yang berinteraksi dengan fasad latar pentas selain, persembahan khas yang mengangkat keperibadian Nabi Muhammad SAW sebagai tauladan  berdasarkan peristiwa-peristiwa daripada sirah kehidupan baginda.

Terdahulu, sebanyak 131 kontinjen kementerian, badan berkanun dan agensi swasta berarak sejauh 1.1 km dari Jambatan Seri Gemilang Putrajaya ke PICC yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim  Mokhtar.


(Al-Sultan Abdullah dan  Tunku Azizah Aminah mencemar duli menghadiri Majlis Sambutan
Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1445H di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya)

Media Baharu