ALOR SETAR, 29 Julai - Perebutan Kerusi Dewan Negeri (N14) Alor Mengkudu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Seri Mahfudz Omar dan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Radhi Mat Din bagi tiket Perikatan Nasional.
Pengumuman rasmi dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pusat Penamaan Calon PPC Dewan Kompleks Belia Dan Sukan Negeri kedah, di sini pada pukul pukul 10.29 pagi.
Kedua-dua calon sebelum ini pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke -14 bagi merebut kerusi Parlimen Pokok Sena.
Sementara itu, bagi kerusi Dewan Negeri (N12) Suka Menanti dan (N13) Kota Darul Aman turut menyaksikan pertandingan satu lawan satu.
Penyandang DUN N12 Suka Menanti, Datuk Zamri Yusof akan bertemu dengan calon Perikatan Nasional (PN) Dzowahir Abd Ghani.
Manakala bagi DUN N13 Kota Darul Aman, penyandang kerusi
kawasan itu Teh Swee Leong dari DAP bertemu dengan calon PN Chuan See Seng dari parti Gerakan.
Sementara itu di Kulim, proses penamaan calon bagi dua Dewan Negeri bagi Parlimen Padang Serai turut berjalan lancar.
DUN (N33) Merbau Pulas bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu membabitkan Barisan Nasional (BN) dan juga Perikatan Nasional (PN).
Pegawai Pengurus N33, Abdul Halim Hassan berkata BN mengekalkan Datuk Asmadi Abu Talib sebagai calon bertanding yang akan bersaing bersama penyandang kerusi DUN itu iaitu Datuk Siti Aishah Ghazali yang mewakili PN.
Bagi DUN Lunas, kerusi tersebut akan menyaksikan pertembungan lima penjuru diantara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.
Calon PH diwakili Pakatan Harapan Shamsul Anuar Abdullah, manakan calon PN diwakili Khairul Anuar Ramli.
Manakala tiga calon Bebas masing-masing diwakili Rajenderan a/l Nadarajan, Arichindarem a/l Sinappayen dan Pannirselvam a/l Suppiah.