fb fb fb fb fb

MAHB: Tiada lagi ujian RTK-Ag sebaik tiba di lapangan terbang

SEPANG, 8 April - Malaysia Airports menjelaskan pengembara tidak perlu membuat ujian RTK-Ag di lapangan terbang. Sebaliknya mereka boleh membuat ujian tersebut di fasiliti kesihatan swasta termasuk klinik atau hospital pilihan sendiri dalam masa 24 jam. 

Tidak ada keperluan untuk pelancong melakukan RTK-Ag di lapangan terbang seperti yang didakwa oleh beberapa media.

Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diumumkan oleh kerajaan untuk pembukaan sempadan yang berkuat kuasa mulai 1 April lalu mewajibkan pengembara menjalani ujian RTK-Ag dalam masa 24 jam.
 
"Terdapat juga tuntutan monopoli oleh pengendali kemudahan kesihatan swasta di lapangan terbang. Ini adalah tidak berasas kerana ia tidak wajib untuk melaksanakan ujian di lapangan terbang semasa ketibaan."

"Kemudahan itu disediakan untuk pengembara yang ingin melakukan ujian segera di lapangan terbang apabila mereka tiba." menurut kenyataan daripada Malaysia Airport hari ini.

Terdapat empat pengendali kemudahan kesihatan swasta berbeza yang menyediakan perkhidmatan ujian tersebut di empat lapangan terbang berbeza: BP Clinical Lab Sdn Bhd untuk Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Edgenta UEMS Sdn Bhd untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, MYEG Services Sdn Bhd untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan Gribbles Pathology (M) Sdn Bhd untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Kerajaan juga telah mengumumkan pengecualian ujian semasa ketibaan bagi perjalanan antara Malaysia dan Singapura untuk pengembara yang diberi vaksin sepenuhnya sebagai sebahagian daripada protokol keselamatan khusus antara kedua-dua negara.


(Foto fail)

Media Baharu