fb fb fb fb fb

Peniaga ayam diminta buat laporan jika pembekal jual melebihi harga ditetapkan

KUALA TERENGGANU, 8 April - Peniaga ayam segar perlu membuat laporan rasmi sekiranya ada pembekal atau pemborong menjual bahan mentah itu melebihi RM7.60 sekilogram.

Laporan rasmi dan bukti resit pembelian perlu disertakan bagi membolehkan siasatan dibuat dan tindakan sewajarnya diambil.

Menurut Pengarah KPDNHEP Negeri Terengganu, Saharuddin Mohd Kia, peniaga ayam mendakwa terpaksa menjual ayam segar melebihi harga siling kerana mendapat bekalan daripada pemborong dengan harga tinggi.

Bagaimanapun, mereka gagal menunjukkan bukti selain tiada laporan dibuat.

(Pengarah KPDNHEP Negeri Terengganu, Saharuddin Mohd Kia)

Beliau mengulas terhadap klip video berkaitan rungutan beberapa peniaga ayam segar di Pasar Cabang Tiga Kuala Terengganu yang dikenakan kompaun serta merta sebanyak RM500 kerana menjual ayam melebihi harga ditetapkan semalam.

"Sebenarnya yang itu kita kalau ikutkan memang kita beri hukuman paling minima, kalau ikutkan kita boleh ambil tindakan berdasarkan pada kesalahan yang telah dibuat di bawah Akta Perlindungan Pengguna pun boleh ambil tindakan sebab mengelirukan pengguna.

"Ini kerana kita merekodkan letak harga lain, tapi bila buat timbangan bayaran harga lain. Jadi itu merupakan satu penipuan kepada pengguna", katanya selepas selepas melakukan pemantauan di Bazar Ramadan Batu Buruk, di sini.

Tindakan diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 menerusi Ops Pantau 2022 selepas pihaknya menerima aduan pengguna berhubung penjualan melebihi harga maksimum tersebut.

Media Baharu