fb fb fb fb fb

MAHB diarah rombak semula sistem elektrik KLIA2

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada sidang media selepas melancarkan identiti korporat baharu CAAM. - Foto BERNAMA.

PUTRAJAYA, 17 September - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) diarahkan untuk melakukan reka bentuk semula infrastruktur elektrik di KLIA Terminal 2 bagi mengelakkan berulangnya gangguan bekalan pada masa hadapan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, laporan penuh insiden gangguan elektrik di terminal berkenaan yang berlaku hujung bulan lalu menunjukkan masalah berpunca daripada salah satu kabel.

“MAHB perlu mereka semula infrastruktur elektriknya supaya blackout seperti ini tidak berulang lagi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan identiti korporat baharu Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), hari ini.

Beliau menegaskan walaupun gangguan itu tidak menjejaskan operasi lapangan terbang, tempoh 28 minit untuk memulihkan bekalan elektrik adalah “sangat lama dan sukar diterima”.

MAHB turut diarahkan membuat semakan menyeluruh terhadap sistem infrastruktur elektrik di KLIA bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

TUN JULIA MOHD TAHIR