fb fb fb fb fb

MAHA 2024: Usahawan Perlis catat jualan melepasi sasaran

Foto: FB FAMA Negeri Perlis

KANGAR, 23 September- Seramai 10 orang usahawan Perlis yang menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 mencatat nilai jualan terkumpul hampir RM395,000  sekali gus melepasi sasaran ditetapkan antara RM200,000 hingga RM250,000.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Mohd Anzara Azizan berkata nilai jualan itu berdasarkan lima kluster iaitu Pavilion Negeri, Kingdom Of Agrofood, Food Empire & Viral, Foodtruck Fiesta dan Agrobazaar Online.

“Dalam MAHA 2024 itu, seramai 10 usahawan Perlis berjaya menyertai jualan melibatkan 13 lot jualan di Pavilion Negeri, Kingdom Of Agrofood, Food Empire & Viral dan Foodtruck Fiesta.

“Sebanyak 47 jenis produk ditawarkan melibatkan produk Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) serta makanan dan minuman keluaran Perlis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kluster Pavilion Negeri mencatatkan nilai jualan RM206,271.40, Kingdom Of Agrofood (RM39,995.20), Food Empire & Viral (RM95,445), Foodtruck Fiesta (RM19,364.80) dan Agrobazaar Online (RM33,711).

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI