fb fb fb fb fb

MAHA 2022 tawar peluang kerjaya untuk golongan muda

KUALA LUMPUR, 2 Ogos- Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 dijangka akan menyediakan peluang kerjaya kepada golongan muda dan graduan selain mengadakan pameran agro pertanian.

Jelas Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, lebih daripada 15,000 kekosongan jawatan dalam pelbagai sektor di MAHA pada kali ini.

"MAHA 2022 juga menyediakan peluang kerjaya kepada golongan muda serta graduan yang sedang mencari pekerjaan menerusi Program Jamin Kerja dalam segmen Agro Job Fair. Lebih daripada 100 syarikat akan turut serta dalam program ini yang menawarkan lebih daripada 15,000 kekosongan jawatan dalam pelbagai sektor.

(Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee)

"Selain itu, lebih daripada 250 pocket talk, sesi perkongsian, seminar, webinar, konvensyen serta khidmat nasihat terus kepada kumpulan sasar akan diadakan.

"Ini merupakan antara manfaat-manfaat yang bakal terhasil menerusi penganjuran program MAHA pada kali ini", katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Tambah beliau lagi, MAHA yang bakal berlangsung dari 4 hingga 14 Ogos, dijangka dapat menghasilkan lebih daripada RM250 juta potensi nilai jualan. 

Di samping itu, beberapa sesi menandatangani memorandum persefahaman (MOU) juga akan berlaku sepanjang MAHA 2022 melibatkan nilai pelaburan lebih daripada RM4 bilion.

Datuk Seri Dr Ronald menjawab pertanyaan ahli parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Media Baharu