fb fb fb fb fb

PM ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat di Ipoh

KUALA LUMPUR, 2 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Fajim Juffa Mustafa Kamal, jurulatih penerbangan yang maut dalam nahas pesawat, PIPER 28-161 yang terhempas di Sungai Rokam, malam tadi.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi, beliau turut mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.


(Allahyarham Fajim Juffa Mustafa Kamal, yang maut
dalam nahas pesawat, di Sungai Rokam, malam tadi)

"Takziah kepada keluarga Allahyarham Fajim Juffa dan doakan semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.. Alfatihah", katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam hantaran sama, beliau turut mendoakan kesembuhan kepada Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, mangsa yang tercedera dalam kejadian yang sama.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam semalam, pesawat jenis PIPER 28 yang dinaiki kedua-dua mangsa dilapor terhempas berdekatan Jalan Sultan Nazrin Shah, Sungai Rokam Perak.

Media Baharu