fb fb fb fb fb

CAAM jalankan siasatan di kawasan insiden pesawat ringan terhempas

IPOH, 2 Ogos- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan menjalankan siasatan di sekitar kawasan insiden pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah sehingga mengorbankan seorang jurulatih penerbangan malam tadi. Siasatan dijalankan di sekitar kawasan insiden pagi ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata berikutan itu kawalan keselamatan turut diperketat di lokasi tersebut bagi mengelak sebarang pencerobohan.


(Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid/Foto BERNAMA)

"CAAM akan menjalankan siasatan, dan memastikan tiada pencerobohan di kawasan insiden serta melaksanakan kawalan hingga pagi bagi untuk memberi ruang kepada CAAM membuat siasatan" katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bot Penyelamat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak di MES Pegawai PDRM Perak, Ipoh.

Sebanyak 30 buah bot diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada 15 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negeri membabitkan kos lebih RM400,000.

Dalam pada itu, Datuk Mior turut memaklumkan seorang lagi mangsa yang cedera sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan berada dalam keadaan stabil.

Media Baharu