(Foto fail)
SERDANG, 11 Ogos- Sebanyak 26 Memorandum Persefahaman (MoU) dengan nilai lebih RM4 bilion dimeterai sejak berlangsungnya Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 pada Khamis lepas.
Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, dengan penyertaan lebih 1,500 pempamer, pihaknya menyasarkan RM6 bilion nilai pelaburan sepanjang penganjuran MAHA 2022.
"Dari segi pencapaian nilai jualan dan sebagainya setakat semalam nilai jualan dan padanan secara langsung lebih RM163 juta hingga akhir nanti kita sasarkan RM250 juta," kata Ronald ketika berucap di sini.
Di samping itu, rekod pengunjung sehingga hari ini adalah seramai 600,000 orang dan 200,000 lagi menerusi dalam talian.
(Datuk Seri Dr Ronald berucap pada MAHA 2022 di Serdang)