fb fb fb fb fb

RUU Mahkamah Kehakiman Pindaan 2022 diluluskan

KUALA LUMPUR, 11 Ogos- Dua lagi Rang Undang-undang (RUU) melibatkan Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) diluluskan hari ini, termasuk RUU Mahkamah Kehakiman Pindaan 2022.

Ia antara lain melibatkan penyediaan dokumen dan rekod rayuan bebas kertas dalam prosiding perbicaraan rayuan jenayah, serta mengehadkan rayuan untuk kes-kes interlokutori sivil.

Cadangan pindaan itu tidak melupuskan hak pihak-pihak untuk merayu dan didengar kerana mereka masih mempunyai ruang menghujahkan kes dalam perbicaraan penuh dan mahkamah akan memberi penghakiman berdasarkan merit sesuatu kes.

Turut diluluskan, RUU Kanun Tatacara Jenayah Pindaan 2022, yang antara lain melibatkan penyediaan dokumen dan rekod rayuan bebas kertas dalam prosiding perbicaraan rayuan jenayah.

(Rang undang-undang; Mahkamah Kehakiman dan Kanun Tatacara Jenayah pindaan 2022,
diluluskan)

Pindaan itu bertujuan memperluas cara penyampaian suatu salinan bertandatangan alasan keputusan dengan menghantar salinan itu ke alamat elektronik perayu atau peguam perayu, sebagai tambahan kepada amalan sedia ada.

Kedua-dua RUU itu dibentang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

(Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim)

 

Media Baharu