fb fb fb fb fb

Rawatan gigi tanpa tauliah: Tindakan akan terus diambil

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 11 Ogos- Tiada kompromi terhadap mereka yang tidak berdaftar dan tiada kelayakan yang menawarkan perkhidmatan kesihatan pergigian.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menegaskan, tindakan akan terus diambil terhadap mereka.

Pihaknya akan terus meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan tiada kes penipuan doktor gigi palsu menawarkan perkhidmatan.

"Untuk doktor pergigian yang tiada kelayakan, tanpa pendaftran dan sebagainya kita akan terus ambil tindakan dia memang tidak ada kompromi dalam hal ini. Apa sahaja perkhidmatan kesihatan pergigian mesti diberi oleh doktor yang telah pun berdaftar yang layak dan memang tiada cara lain.

"Melainkan dia sudah melalui latihan dan juga sudah berdaftar jadi hal ini tidak akan kita kompromi dan kita akan meningkatkan penguatkuasaan untuk memastikan bahawa tiada kes atau pun tempat bagi doktor gigi palsu ini memberi perkhidmatan," kata Khairy selepas menyampaikan ucapan dalam Majlis Pelancaran BEAUTY (Bring Education of Understanding To You) di sini.

(Khairy ditemu bual wartawan selepas menyampaikan ucapan dalam Majlis Pelancaran
BEAUTY (Bring Education of Understanding To You)

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan KKM akan mengadakan sesi libat urus bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkaitan industri kecantikan yang melibatkan prosedur perkhidmatan berisiko tinggi yang dikendaikan oleh pegawai kecantikan.

"Bagi pihak Kementerian Kesihatan kita tidak benarkan sebab bagi kami di KKM banyak daripada prosedur ini mempunyai risiko yag tinggi dan hanya dapat dilaksanakan oleh pegawai perubatan atau mereka yang layak dan sudah daftar sebagai pegawai perubatan," katanya

Media Baharu