JASIN, 4 September- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi FAMA komited untuk terus memperhebat penganjuran Jualan Murah Keluarga Malaysia (JAKM) di seluruh negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata ia bagi memberi manfaat kepada pengguna dan usahawan bimbingannya.
Melalui penganjuran JMKM setakat ini, sebanyak RM176,000 penjimatan atau pulangan diperoleh rakyat dengan memberi manfaat kepada lebih 30,000 pengunjung.
"MAFI telah diberikan tanggungjawab untuk menyelenggarakan JMKM ini, pertamanya di negeri Melaka sebanyak 28 Dewan Undangan Negeri (Dun), yang keduanya di Kelantan 47 Dun dan juga di Sabah 74 Dun.
"Jumlah 144 Dun, di Melaka ini kita telah berjaya mengadakan sebanyak 25 Dun beberapa minggu yang lalu, sejak 20 Ogos ia mendapat sambutan yang cukup hebat sekali," katanya di sini.
(Datuk Seri Ahmad Hamzah)
Tambah beliau, sebanyak 22 program dilaksanakan bermula 20 hingga 28 Ogos lepas membabitkan nilai jualan terkumpul RM893,000.