fb fb fb fb fb

Tun Dr Mahathir dibenar keluar IJN pagi tadi

KUALA LUMPUR, 4 September - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 97 tahun telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.30 pagi tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Dr Mahathir, beliau akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga 6 September ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemantauan buat tempoh beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan, selepas disahkan positif COVID-19 pada 31 Ogos lepas.

Pada November tahun lalu, Ahli Parlimen Langkawi itu mengambil suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 di IJN dan tidak mengalami sebarang kesan sampingan serius selepas pengambilan dos berkenaan.

Media Baharu