fb fb fb fb fb

MAFI komited kurangkan kebergantungan makanan ternakan import

KUALA LUMPUR, 24 Mac- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar sentiasa komited bagi mengurangkan kebergantungan import dengan mewujudkan lebih ramai usahawan dalam industri komponen makanan ternakan. 

Ini susulan masalah kenaikan harga ayam yang berkait rapat dengan kenaikan harga makanan ternakan ayam,

Timbalan MAFI, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, antara usaha yang telah dilaksanakan adalah Projek Pembangunan Industri Jagung Bijian Negara.

"Perlaksanaan projek ini melibatkan beberapa agensi di bawah MAFI seperti Jabatan Pertanian, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga Pertubuhan Peladang dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM 30.63 juta.

"Inisiatif yang bermula pada tahun 2016 ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 50 orang usahawan dengan sasaran pengeluaran jagung bijian tempatan sebanyak 1.44 juta metrik tan dengan keluasan tanaman sehingga 80,000 hektar menjelang tahun 2032," jelasnya ketika menjawab pertanyaan ahli parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.



Katanya lagi, projek itu mampu mengurangkan kebergantungan negara terhadap sumber jagung bijian import sehingga 30%.

Tambah beliau, MAFI juga terlibat dalam penyelidikan bagi menghasilkan bahan mentah gantian berasaskan isirung sawit ,PKC tempatan seperti “Purafex”. 

Produk tersebut sesuai digunakan sebagai komponen dalam formulasi makanan unggas dan boleh menggantikan jagung bijian  sebanyak 30 hingga 45 peratus.


Media Baharu