fb fb fb fb fb

Kerajaan tambah kabel dasar laut

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 24 Mac- Kerajaan terus mempergiat langkah dalam memastikan tahap capaian internet terutama di Sabah dan Sarawak termasuk melaksanakan penambahan empat kabel dasar laut baharu bagi menampung keperluan rangkaian hubungan di Malaysia.

Pada sesi soal jawab di Dewan Negara, Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Annuar Musa berkata, empat kabel itu antaranya melibatkan Sistem Kabel Bay to Bay Express (BtoBE) oleh Facebook dengan kerjasama Time Dotcom Berhad selaku rakan pendaratan di Cherating pada suku pertama 2023.

"Kedua ialah Sistem Kabel MIST oleh NTT dengan kerjasama Arus Restu Sdn Bhd selaku rakan pendaratan di Morib dengan jangkaan siap pada suku kedua 2023.

"Ketiga ialah Sistem Kabel IAX yang akan mendarat di Morib dengan jangkaan siap penghujung 2022, manakala keempat ialah Sistem Kabel BaSICS oleh PP Telecommunication Sdn Bhd akan mendarat di Kuching dengan jangkaan siap hujung 2022,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.

Katanya, pembinaan beberapa kabel dasar laut khususnya adalah antara inisiatif kerajaan dalam meningkatkan akses selain menambah baik kualiti internet khusunya di Sabah dan Sarawak

Annuar berkata, rangkaian kabel dasar laut itu merupakan kategori rangkaian teras yang menghubungkan kedua-dua negeri berkenaan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew yang ingin tahu perincian mengenai pautan Malaysia kepada rangkaian internet global sedia ada dan yang telah dirancang termasuk bilangan pautan kabel dasar laut.

Dalam pada itu, Annuar berkata, antara langkah turut dijalankan adalah menambah perkhidmatan berasaskan kepada talian tetap di bawah petender projek pembekalan, kerja serta perkhidmatan penyediaan dan penyelenggaraan Titik Kehadiran (PoP) bagi infrastruktur jalur lebar mengikut jadual ditetapkan.

(Tan Sri Annuar Musa pada sesi soal jawab di Dewan Negara)

"Langkah yang kita jalankan sekarang ialah perkhidmatan talian tetap untuk menambah baik projek-projek dengan memasang beberapa banyak jaringan optik ke kawasan-kawasan yang telah terpilih

"Sabah dan Sarawak bermula bagi PoP pertama dan kedua diberikan sejumlah peruntukan yang besar sekali untuk tambah bilangan PoP yang dapat kita berikan bekalan dengan pemasangan jaringan gentian optik," katanya.

Annuar berkata, langkah diambil K-KOMM demi memastikan capaian berada pada tahap baik juga antaranya bagi memastikan perkhidmatan internet Sabah dan Sarawak
tidak terjejas sekiranya situasi ribut dan hujan lebat.




Media Baharu