KUALA LUMPUR, 24 Mac -Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena Peringatan Hari Polis ke-215 di Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Hadir sama ke majlis tersebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Majlis turut disertai pegawai kanan dan anggota polis dari semua jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pematuhan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan.
Majlis dipimpin Ketua Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Bahagian Agama dan Kaunseling) merangkap Imam Besar Masjid Bukit Aman SAC Ghazali Daud itu dimulakan dengan bacaan Yasin, Tahlil, doa selamat dan solat zohor
Majlis itu disertai kira-kira 500 pegawai dan anggota PDRM bersama agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.