fb fb fb fb fb

MAAB daftar lebih 170,000 kes wasiat libat aset RM86 bilion

TAIPING, 26 Julai- MyAngkasa Amanah Bhd (MAAB) telah mendaftarkan lebih 170,000 kes melibatkan wasiat dengan anggaran jumlah nilai aset sebanyak RM86 bilion setakat ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 637 fail bagi pentadbiran harta pusaka telah diuruskan berjumlah RM320 juta.

Timbalan Presiden Angkasa, Profesor Madya Datuk Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkata jumlah tersebut disifatkan besar selain mencerminkan kepercayaan masyarakat kepada satu-satunya entiti koperasi dalam negara yang menjalankan amanah wasiat, pusaka serta infaq.

"Perkara harta pusaka ini banyak lagi yang patut dijalankan dengan cara pentadbiran yang lebih kemas, sebagaimana hari ini contoh yang terbaik bukan hanya waris tersebut dapat cara pembahagian malahan memberi ruang kepada waris untuk menjalankan infaq sekali.

"Urusan harta pusaka ini banyak yang tertangguh sampai berlaku hingga generasi kedua.Oleh yang demikian kita berharap terutamanya orang Islam tampil dalam menyelesaikan kekusutan harta pusaka," katanya.

(Abdul Rahman Abdul Razak Shaik)

Beliau menyatakan demikian pada majlis Penyerahan Sumbangan dan Infaq Harta Pusaka, di sini hari ini.

Tambah Dr. Abdul Rahman, caj dikenakan adalah antara termurah selain tiada caj tambahan dikenakan sekiranya terdapat penambahan jumlah pusaka yang dilakukan pada saat akhir.

Media Baharu